Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
The Official Website of
Ministry of Infrastructure
and Port Development Sarawak

Client CharterClient Charter

 

1.  Aduan diterima berkenaan dengan penyelenggaraan jalan disalurkan kepada agensi-agensi berkenaan dalam tempoh tiga (hari) berkerja.

2. Memberi maklumbalas yang dikemukakan oleh Stakeholder kepada Kementerian dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

3. Pelantikan Ahli Jemaah Lembaga / Perbadanan (di bawah Kementerian) dibuat sebelum berakhir tempoh jawatan berkenaan.

4. Permohonan ke luar negeri / negara bagi tujuan rasmi daripada agensi seliaan MIPD diproses untuk kelulusan Setiausaha Kerajaan Sarawak dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah dokumen lengkap diterima.

5. Permohonan pengesahan jawatan dihantar ke Unit Sumber Manusia Negeri, Jabatan Ketua Menteri untuk tujuan kelulusan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah pegawai memenuhi syarat dan layak untuk pengesahan jawatan.

6. Aduan Talikhidmat diberi maklumbalas dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

7. Memproses permohonan pembayaran bil serta invois dan tuntutan pegawai-pegawai yang lengkap dan teratur dalam tempoh sembilan (9) hari dari tarikh diterima oleh Bahagian Kewangan.

8. Mengeluarkan Waran Peruntukan Pembangunan yang tidak melibatkan variation / virement / supplementary dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Bahagian Kewangan.